🔊 Shout-out to All JKrians,
Minggu SHE 2025 (SHE Engagement Week 2025) akan diadakan pada 15 hingga 19 Disember 2025 (Isnin hingga Jumaat).
Program ini bertujuan untuk:
• Memperkukuh budaya Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar (SHE) di tempat kerja.
• Mempromosikan tingkah laku kerja selamat serta kesedaran terhadap alam sekitar.
• Berkongsi pembelajaran dan amalan terbaik bagi mencegah kejadian dan kemalangan.
Sepanjang minggu tersebut, pelbagai aktiviti, ceramah dan sesi akan dijalankan.


