Salam Ramadan
KEPADA WARGA JK,
Seperti yang sedia maklum, pihak syarikat sedang menganjurkan program “Amal Ranger : Infaq Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini.
Untuk makluman, ALHAMDULILLAH jumlah sumbangan tunai yang telah berjaya terkumpul adalah sebanyak RM3,400.
Pihak syarikat juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.



